Wednesday, February 08, 2012

Momento Teman

sepi malam tanpa bintang kehadiran
sunyi kalam tanpa baitmu insan



Sahabat,
jauh dari mungkin, hilang aku takkan
tiada sama seperti dulu kerna kita harus maju
terima kasih kerna kau hadir dulu
bukan ym, bukan fb,
tapi friendster mendahului waktu
cinta dunia mengajar erti dusta
usah lagi menangis melainkan
untuk mereka yang layak
mungkin seperti dikata
hilang itu & ini dimana
tapi jasad-baitku disini sentiasa
selagi bernyawa.

Teman,
kau tak bersendiri, sebenarnya.
kau juga tidak kosong, sepenuhnya.
itu yang aku rasa dari dulu hingga sekarang
Alhadi sentiasa ada
 dimana kita berada
buat aku kamu & mereka
yang masih mahu mengerti & mencari
Sungguh kuhargai berkongsi kata
tapi lebih berharga berkongsi rasa
kerna semua berhak dicinta & mencinta
takdir hakikat rotasi hidup
aku turut percaya semua itu.

Akrab,
semua silaturrahim yang terjalin fitrah
insyallah bermelodi hingga keakhir waktu
aku berdoa supaya ke syurga kita melangkah
dan seluruh rakan menjadi tetangga disitu

No comments: