Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

Kebelakangan Hari

Sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, kerap kali aku ke port makan yang agak jauh sedikit dari firma. Ya...Sup Hussin...sup kedai ni memang kick dan side dish popia terbaik dari ladang. Selalunya aku ke sini hanya pada hari Jumaat, tetapi kedatanganku ke sini menjadi semakin kerap. 

Sunday, February 10, 2013

Slumberland

Subhanallah.

Keesokkan pagi setelah dilahirkan.

Ragam tidur. Tak mau bedong "as per say body language".

'Pose' tidur paling kerap dilakukan, 'style' bayi solat kot?


Masa beliau tidur sahaja waktu yang kerap terfikir nak 'snap' gambar, masa berjaga sibuk duduk layan keletah bermain, menyusu & tukar lampin. Indahnya hidup bby...'cycle of life'...sampai masa nanti, seperti mana kita melihat ibubapa, seperti itu anak-anak melihat kita.

selagi hayat dikandung badan,
dikandung hayat semakin singkat,
mampukah kelak ditanggung amalan,
sempatkah bekalkan 3 talian akhirat...

sekadar ingatan sendirian.

Wednesday, February 06, 2013

si penghibur

Subhanallah,

Dikala berjaga malam kerana bertungkus-lumus menyiapkan kerja, selang masa tertentu terhibur yang amat dengan keletah Elham yang turut jua "terjaga" dengan rutin hidup fitrah sebagai bayi. Bebanan kerja yang tegang serta-merta terurai melayan buah hati yang baru mengenali kehidupan. 

Abah dah kurang main 'game' sebab seronok main dengan baby boy!

Elham besar sikit nanti abah bawa pergi padang, kita main layang-layang.

:)

Sunday, February 03, 2013

Aqiqah

Alhamdulillah,

Banyak perkara tersurat & tersirat dipelajari di dalam sesebuah perkahwinan yang baru dibina. Lebih-lebih lagi dengan kelahiran insan baru yang membawa seribu satu erti dan tak termampu kunyatakan dalam apa jua bentuk perkataan mahupun pernyataan. Erti pengorbanan seorang wanita melahirkan anak, padaku sungguh abstrak dan begitu subjektif, dan bagiku itulah sebahagian karya seni agung anugerah Ilahi kepada wanita. 

In Shaa Allah,

Semoga segala urusan dipermudahkan.