Saturday, April 21, 2012

Momento Buat Isteri

Interpretasi kemistri Cintaku untuk mu rumit diperjelas rasa
barangkali tiada siapapun bisa mampu & mau mengerti dulu

di atas Tali ini kupersembahkan segalanya duhai isteriku Asya
di atas Ikatan ini ya Allah hatiku berdoa agar cintaku paralel selalu

Tersurat bagai tiada beza mata kasarku barangkali padamu
tersirat bagai tiada kata mampu diungkap mata lidahku kelu

setapak ini hanya mukadimah buat kehidupan baru aku & kamu
tanpa ragu hati & jasadku obses buat famili yang bakal kita krit bersama

tiada kudratku mampu merubah mereka disini mahupun mereka disana
namun hatiku enggan berganjak percaya bahawa Allah itu ada untuk kita

Cinta ini lebih daripada mirakel takdir buat ku hampir dengan sempadan khayal
tapi Cinta ini benar, Asya isteriku adalah benar, dan akad ku lafaz adalah benar

dan kerana Allah SWT adalah kebenaran nyata bagiku.

Semuanya kerana Allah Taala.

Jadilah pakaianku yang terbaik duhai isteriku
agar datang kekuatanku untuk jadi pakaianmu yang lebih baik

Dengan berkat Laailahaillallah,
ku akan bahagiakanmu selamanya

selamanya...

Engku Ezudin & Nur Fisya

selamanya...

No comments: