Saturday, June 28, 2014

Kebelakangan Hari

Sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, kerap kali aku ke port makan yang agak jauh sedikit dari firma. Ya...Sup Hussin...sup kedai ni memang kick dan side dish popia terbaik dari ladang. Selalunya aku ke sini hanya pada hari Jumaat, tetapi kedatanganku ke sini menjadi semakin kerap. 



Semestinya bukan kerana angau pada menu di kedai...tetapi kerana rindu untuk solat berjemaah di masjid yang berhadapan dengan kedai sup.

Perasaan rindu akan rasa nyaman dan tenang ketika berjemaah. Semoga Allah SWT titipkan kekuatan untuk terus berserah diri hanya padaNya.

Besar harapanku untuk melihat Fitrah akhir nanti.

Betapa kedua zuriat yang Allah SWT pinjamkan ini banyak memberi pengajaran.

JazakAllah.

No comments: