Monday, September 08, 2014

Pergi jua





C G Am F
lihatlah dengan mata hati getaran dari hati
  D7 C G
ada nya tersirat
Em Am F
bisakah kau merasakan? atau mungkin kau
G C
tidakkan segala?

kuham (cahaya mata-padi)

Saturday, June 28, 2014

Kebelakangan Hari

Sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, kerap kali aku ke port makan yang agak jauh sedikit dari firma. Ya...Sup Hussin...sup kedai ni memang kick dan side dish popia terbaik dari ladang. Selalunya aku ke sini hanya pada hari Jumaat, tetapi kedatanganku ke sini menjadi semakin kerap. 

Sunday, June 08, 2014

Barangkali

Khamis 6 Jun 2014, KPJ Rawang.

Saat melihat katil disorong masuk ruang lobi pengantara bilik bedah dan tempat ku menunggu,
visualku terkial mencari air wajah isteri tersayang,
bingkas berpaling dia walau masih dengan kesan bius,
tersenyum ikhlas & redho.

Monday, March 31, 2014

Semakin Masa Berlalu

Terlalu erat rahsia umum teranggu
tentang wanita ratu dihati

Tuesday, April 16, 2013

Selamat Ulang Tahun Sayang


Dikau soleha
yang menyedarku tika ku tersasar
yang mengingatku dan menghibur
yang mendamai
sanubariku

ku doakan
kau bahagia
selamanya


Thursday, March 14, 2013

Salawat Burdatul Bushiri


يَا رَبِّ بِالْمُصْطَفَى بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا وَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَمِ

“Wahai Rabbku! Dengan perantara Musthafa (Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassallam ) penuhilah segala keinginan kami dan ampunilah dosa-dosa kami yang telah lalu, wahai Dzat Yang Maha Luas Kedermawanannya.”

Monday, February 25, 2013

The only reason

The only reason to get home early is to be by your side...

:-D

Sunday, February 10, 2013

Slumberland

Subhanallah.

Keesokkan pagi setelah dilahirkan.

Ragam tidur. Tak mau bedong "as per say body language".

'Pose' tidur paling kerap dilakukan, 'style' bayi solat kot?


Masa beliau tidur sahaja waktu yang kerap terfikir nak 'snap' gambar, masa berjaga sibuk duduk layan keletah bermain, menyusu & tukar lampin. Indahnya hidup bby...'cycle of life'...sampai masa nanti, seperti mana kita melihat ibubapa, seperti itu anak-anak melihat kita.

selagi hayat dikandung badan,
dikandung hayat semakin singkat,
mampukah kelak ditanggung amalan,
sempatkah bekalkan 3 talian akhirat...

sekadar ingatan sendirian.

Wednesday, February 06, 2013

si penghibur

Subhanallah,

Dikala berjaga malam kerana bertungkus-lumus menyiapkan kerja, selang masa tertentu terhibur yang amat dengan keletah Elham yang turut jua "terjaga" dengan rutin hidup fitrah sebagai bayi. Bebanan kerja yang tegang serta-merta terurai melayan buah hati yang baru mengenali kehidupan. 

Abah dah kurang main 'game' sebab seronok main dengan baby boy!

Elham besar sikit nanti abah bawa pergi padang, kita main layang-layang.

:)

Sunday, February 03, 2013

Di depan mata - (remake)

D
sesungguhnya
A
sekian lama
Bm       G
ku cari cinta sedunia
   D A     Bm    G
rupanya gadis idamanku
   D A Bm
selamanya ini berada
   G   D
di depan mata

Aqiqah

Alhamdulillah,

Banyak perkara tersurat & tersirat dipelajari di dalam sesebuah perkahwinan yang baru dibina. Lebih-lebih lagi dengan kelahiran insan baru yang membawa seribu satu erti dan tak termampu kunyatakan dalam apa jua bentuk perkataan mahupun pernyataan. Erti pengorbanan seorang wanita melahirkan anak, padaku sungguh abstrak dan begitu subjektif, dan bagiku itulah sebahagian karya seni agung anugerah Ilahi kepada wanita. 

In Shaa Allah,

Semoga segala urusan dipermudahkan.

bertahan

waras tersangka cukup masih tak memadai
langkah yang mana harus dikayuh
untuk mengelak ramal mendatang badai?
redah batas juga terbatas emosi makin rapuh

sisi hipokrit kian kukuh memamah identiti
tapi kau tau mengerti lebih dari mereka
akan siapa aku yang punya penyakit hati
mahu menghukum segala dipandang mata

perutusan sang nafsu mengkhabarkan
akan sampai saat buku bertemu ruas
abu dengan debu api tak terpadamkan
mungkin itu yang diharap si hati buas


Thursday, January 31, 2013

Cahaya Mata - Padi



Intro: G C G C G D C
G C
teduhkanlah hatiku
G C
lelahkan jiwaku
G Cm Bm C
duhai engkau cahaya mataku
G C
yang menuntun jalanku
G C
yang memandu hidupku
G D C
yang meredupkan pedih penatku
Reff:
D C
tersenyumlah
D C
bahagialah
D Bm
sungguh engkau
G C
yang melumpuhkan hatiku
G C
yang melipurkan rinduku
G D C
senyuman itu menyenangkan aku
Lead: G
Reff:
D C
tersenyumlah
D C
bahagialah
D Bm
sungguh engkau
G C
yang melumpuhkan hatiku
G C
yang melipurkan rinduku
G D C
senyuman itu menyenangkan aku
Outro: G


Wednesday, January 09, 2013

kelam

apa pun tak tergapai
saat tenggelam dalam kelam
dasar dendam paling dalam
gelap sunyi sejuk khianat

saat begini rindu hangat mentari pagi
usir jauh gelap usir jauh sunyi
tinggalkan dingin hanya pada embun
semua kuingin semua hanyalah racun

kudrat cinta, tua berbanding usia
atau mungkin cuma jasad ini
tak layak untuk dimengerti

beban menanggung mata lidah
berjalan terhoyong melilit kekiri
cuba takmau tercucuk sendiri
gadis mawar bidadari berduri

Friday, June 29, 2012

Tak Sabar Ketemu Kamu

Perasaan sensasi yang lebih hebat merkar
daripada selesai akad yang dilafaz

Wednesday, June 27, 2012

Strength


from client to community
disaster maybe
claim to serve a better place
for you to trap in with